Pindahkan Blog Dari Blogspot Ke WordPress

blogger-wp

Shandye ada bertanyakan tentang cara-cara nak memindahkan blog beliau dari Blogspot ke WordPress. Ini sememangnya bukan satu masalah. Anda boleh memindahkan kesemua entri yang telah ditulis dalam Blogspot ke dalam blog baru di WordPress (samada WordPress.com atau WordPress.org). Anda juga boleh membuatkan pengunjung yang melawat blog lama anda supaya dibawa kepada blog baru secara automatik. Ikuti langkah-langkah berikut:

Pindahkan Kandungan Dari Blogspot Ke WordPress

  1. Dari ruangan Dashboard pada WordPress anda, pergi ke bahagianManage > Import.
  2. Klik pada Blogger untuk memindahkan entri-entri dari akaun Blogspot anda.
  3. Klik pada Authorize dan WordPress akan membawa anda kepada Google untuk mengesahkan akaun di Blogspot.
  4. Google Account akan dipaparkan. Masukkan emel dan password yag anda gunakan untuk akaun Blogspot, dan klik pada butang Sign In. (Nota: Jika anda telah sedia log in, teruskan kepada langkah 5)
  5. Klik pada butang Grant Access.
  6. Anda akan dibawa balik ke Dasboard di WordPress. Di sini, klik butangImport pada blog yang anda ingin pindahkan. Setelah berjaya, semua entri-entri lama akan diletakkan di dalam blog baru anda.

Arahkan Alamat Di Blogspot Ke WordPress

  1. Dari ruangan Dashboard pada Blogspot anda, pergi ke bahagian Layout > Edit HTML.
  2. Tambahkan kod HTML ini di bawah :
    HTTP-EQUIV="REFRESH" content="0; url=http://akunerd.blogspot.com/">
  3. Nota: Gantikan http://akunerd.blogspot.com dengan alamat URL bagi blog baru anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: