PortableApps.com – Komputer Di Dalam Pen Drive Anda

portable-apps-01

PortableApps.com adalah satu sut perisian mudah alih yang boleh anda muatkan ke dalam USB drive untuk dipasang di mana-mana komputer Windows.

Sut ini menyediakan pelbagai jenis perisian yang boleh anda pilih, contohnya Mozilla Firefox untuk melayari laman web, ClamWin untuk antivirus, dan OpenOffice.org untuk membuka dan menyunting fail Word, Excel, dan sebagainya.

Seperti namanya, kelebihan utama perisian mudah alih ini adalah ianya senang dibawa ke mana sahaja. Setelah anda masukkan perisian ini ke dalam pen drive, ia terus boleh dijalankan dari mana-mana komputer. Jadi tak perlulah nak install satu-persatu ke dalam setiap komputer tersebut. Memudahkan, terutamanya bagi orang yang selalu buat kerja di komputer lain (dekat Cyber Cafe misalnya).

portable-apps-02

Dengan sut PortableApps.com, anda juga boleh menyimpan settings yang telah ditetapkan bagi setiap perisian. Contohnya, anda boleh menyimpan bookmarks yang telah ditanda di Mozilla Firefox.

Selain dari perisian-perisian yang ditawarkan, PortableApps.com juga menyediakan PortableApps.com Menu yang dibina untuk memudahkan anda melancarkan aplikasi dariUSB Drive; serta PortableApps.com Backup untuk membuat backup terhadap sut perisian PortableApps.com anda.

Sut perisian ini boleh anda download dari PortableApps.com. Anda boleh memilih untuk download:

  • Platform Only. Hanya PortableApps.com Menu dan PortableApps.com Backup, serta ikon-ikon yang berkaitan. Download pakej ini sekiranya anda bercadang untuk pilih dan download aplikasi lain satu-persatu.
  • Suite Light. Mengandungi perisian-perisian asas seperti Firefox, Thunderbird, ClamWin, dan Sumatra PDF. Namun sut ini tidak mengandungi OpenOffice.org kerana saiz yang terlalu besar, sebaliknya ia mengandungi AbiWord Portable bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word.
  • Suite Standard. Mengandungi perisian-perisian asas, sama seperti Suite Light. Suite Standard mengandungi OpenOffice.org bagi bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.

Dapatkan sut perisian ini dari PortableApps.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: