7 Perisian Yang Perlu Korang Ada

Kawan aku ada bertanyakan tentang 7 perisian yang paling saya gemari. Hmm.. Sebagai penggila software, tujuh pastinya bilangan yang terlalu sedikit! Tapi saya tetap cuba untuk senaraikan perisian-perisian yang paling berguna buat saya, dan saya yakin ianya juga berguna buat anda. Jadi, di sini saya persembahkan tujuh perisian yang perlu anda miliki:

Opera

[http://www.opera.com/] [Review]

tujuh-01

Pembaca setia SembangKomputer.com dah tentu tahu akan obsesi saya terhadap Opera. Oleh kerana 70% dari masa komputer saya dihabiskan dengan melayari Internet, saya perlukan sebuah web browser yang berkuasa. Opera merupakan web browser yang pantas, bersaiz kecil, serta tidak menggunakan banyak memori. Malah, Opera juga berfungsi sebagai klien emel saya.

Satu keistimewaan Opera yang paling unik ialah, ianya mempunyai segala macam shortcut yang yang mampu menjadikan penggunaan Internet harian anda jauh lebih mudah. Jika anda mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan pelbagai shortcut ini, sudah tentu Opera akan menjadi web browser yang terpantas di dunia untuk anda.

Launchy

[http://www.launchy.net/] [Review]

tujuh-02

Terdapat berpuluh-puluh program yang terdapat di dalam komputer saya, macam mana nak ingat semua? Dengan Launchy, saya tak perlu fikir di mana program itu berada. Saya juga tak perlu tercari-cari di mana letaknya program tersebut di dalam Start Menu.Dengan Launchy, saya hanya perlu taip nama program tersebut dan ia akan dilancarkan secara serta-merta. Satu software yang pastinya akan menjadikan hari anda lebih cekap dan efisien!

FreeCommander

[http://www.freecommander.com/] [Review]

tujuh-03

Walau berapa banyak folder yang terdapat di dalam komputer saya, hanya tujuh buah folder sahaja yang kerap digunakan. Dalam FreeCommander, saya tetapkan ketujuh-tujuh folder ini kepada shortcut key agar saya dapat membukanya dengan sekelip mata.Fungsi dual-pane dalam FreeCommander juga menjadikan operasi copy dan paste menjadi sangat mudah. Tanpa software dual-pane explorer seperti FreeCommander, hidup komputer saya pastinya lebih melecehkan.

FeedDemon

[http://www.newsgator.com/individuals/feeddemon/default.aspx]

tujuh-04

Membaca dan mengikuti blog memang seronok. Namun apabila anda ada lebih 50 buah blog yang diminati, siapa ada masa untuk melawat kesemua blog ini? FeedDemon akan mengingatkan saya jika mana-mana dari blog ini telah dikemaskini dengan kandungan yang terbaru.

Membaca dari FeedDemon juga lebih pantas dari melayari laman web tersebut, kerana ianya hanya memaparkan tulisan dan gambar berkaitan sahaja, tanpa memaparkan elemen-elemen lain dalam laman web, sesuai untuk pengguna yang mempunyai sambungan Internet yang lemah.Bukan itu sahaja, saya juga boleh menanda mana-mana kandungan yang menarik, agar boleh dibaca dengan lebih lanjut pada kemudian hari.

Picasa

[http://picasa.google.com/] [Review]

tujuh-05

Meskipun bukan seorang jurufoto profesional, saya sangat suka mengambil gambar. Picasa pula berfungsi sebagai album untuk segala foto saya. Picasa mempersembahkan kesemua foto di dalam komputer anda dengan mudah dan menarik. Anda juga dapat membuat pengubahsuaian yang asas seperti crop, straighten, dan red eye. Tak lupa juga fungsi eksport foto yang memang menyenangkan.Sebenarnya, susah untuk saya gambarkan keistimewaan yang terdapat pada Picasa. Cukuplah saya katakan bahawa Picasa merupakan software pengurusan foto yang terbaik sekali.

CCleaner

[http://www.ccleaner.com/] [Review]

tujuh-06

Jika anda sayangkan bilik anda, dah tentu anda akan pastikannya sentiasa bersih, kan? Begitu juga dengan komputer. Gunakan CCleaner untuk membersihkan segala sampah-sarap yang terdapat dalam PC anda supaya ia dapat berjalan dengan lebih lancar.

WikidPad

[http://www.jhorman.org/wikidPad/]

tujuh-07

WikidPad adalah buku nota saya. Di sinilah saya tuliskan nombor telefon kawan-kawan, senarai barang yang hendak dibeli, dan alamat laman web yang hendak dilawati. Apa sahaja yang anda hendak catat, catatkannya di dalam WikidPad.Sebab utama saya sukakan WikidPad? Kerana ianya mudah dan ringkas.

Ok, dah cukup tujuh dah. Kesemua software yang disenaraikan di atas boleh anda download dari laman web masing-masing. Dan jangan bimbang, kerana semuanya percuma ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: