Masjid Besi, Putrajaya

masjid1 Masjid Besi  Landmark Baru di Putrajaya

Aku ingat lagi waktu tu aku datang ke putrajaya ( setahun lepas) lawatan Part 4 untuk subjek construction, tiba-tiba aku nampak bangunan ni, aku tertanya-tanya, Ape tu? Masjid ke? Takkan la Putrajaya nak buat dua masjid kot……

Sekarang aku baru tahu ia memang masjid…er, 2 buah masjid di Putrajaya? ermm..maknanya orang kene pilih la nak sembahyang kat mane ye?

masjid2 Masjid Besi  Landmark Baru di Putrajaya

FAKTA :

  • Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya pada OGOS 2009
  • Putrajaya memang merancang 2 tapak kawasan untuk pembinaan masjid sejak dahulu lagi
  • rujukan yang digunakan -stadium terkenal milik pasukan Real Madrid iaitu Stadium Bernabeu, perpustakaan negara, Paris dan ruang letak kereta di Barcelona.

masjid3 Masjid Besi  Landmark Baru di Putrajaya

Design

  • berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).
  • Dinding menggunakan Crystalized glass.
  • sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) digunakan bagi menggantikan sistem penghawa dingin dan kipas.
  • Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra,Spain.
  • Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.
  • Dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir Surah Al Baqarah and Surah Ibrahim.
  • Hanya 1 kubah yang dibuat dari besi

masjid4 Masjid Besi  Landmark Baru di Putrajaya

FAKTA: Kemudahan disediakan
# Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
# Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
# 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
# Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
# Dapur
# Bilik VIP
# Bilik penyelenggaraan
# Bilik jenazah
# Pejabat
# Bilik kawalan audio visual
# Ruang letak kereta (bawah tanah)
Kiblat Walk – Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat

Iwan Utama – Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna

Sahn – Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang

Dinding Mihrab – Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara

FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya
# RM180 juta – Kos pembinaan
# 60,156 – Meter perseti, luas masjid
# 20,000 – Kapasiti jemaah.

masjid5 Masjid Besi  Landmark Baru di Putrajaya

MENGAPA DIBINA???
Lokasi masjid ni dikatakan berdekatan, tapi tak sebenarnye, jauh la jugak. Mak aku kata, masjid yang sedia ada ni tak mampu nak tanggung jemaahpada hari jumaat. Ia juga disediakan untuk kakitangan kerajaan yang berkerja berdekatan.
Apabila Masjid Besi ini telah siap, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan mengambil alih pengurusannya dan akan mengatur segala aktiviti keagamaan yang akan dijalankan.

masjid6 Masjid Besi  Landmark Baru di Putrajaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: